Menu Utama

Pengguna Online

3 user(s) are online (1 user(s) are browsing Berita)

Members: 0
Guests: 3

more...

Carian


(1) 2 3 4 ... 9 »
Berita Semasa : 7th KFC-LANGKAWI INTERNATIONAL REGATTA PERDANA 2010
Posted by admin on 2010/2/9 11:10:00 (25 reads)

BERITA OLEH : MOHD YUSOF BIN IBRAHIM

ADIK NAQUID IMAN MENYERLAH DI KEJOHANAN PEMBUKAAN PERAHU LAYAR TAHUN 2010,LANGKAWI

Kejohanan 7th LANGKAWI INTERNATIONAL REGATTA PERDANA 2010 adalah acara pembukaan tahun 2010 pertandingan perahu layar yang diadakan di Pusat Latihan Pelayaran Kebangsaan di langkawi. Kejohanan ini dipertandingkan pada 27-31 january 2010,kejohanan ini juga salah satu kejohanan penilaian PLN Negeri bagi Ranking malaysia dalam acara Optimist, Laser, Int.420 dan Int. 470.

Seramai 13 orang peserta termasuk Jurulatih dan Pegawai yang menyertai kejohanan di Langkawi dan berjaya memperolehi 4 pingat untuk persatuan pelayaran johor sekali gus untuk negeri johor iaitu 1 perak 3 gangsa. Pingat perak menerusi Adik Naquid Iman B Shahrin (OPTIMIST DIV C), 3 pingat gangsa pula Adik Nurshazrin Bt Mohd Latif (OPTIMIST DIV B), Hakim B Wagiman Sarmin (LASER 4.7 LELAKI) dan Adik Ana Mustika Bt Mohd Saaya/ Adik Siti Maslinda Bt Mohd Ariff (INTERNATIONAL 420 PEREMPUAN).

Kejohanan ini adalah medan bagi pelayar-pelayar Johor untuk mempertingkatkan lagi prestasi tahun lepas untuk mendapat tempat dalam Ranking Malaysia.

Read More... | 3555 bytes more
Berita Semasa : KEJOHANAN PERAHU LAYAR KFC - 16th MERDEKA DAY SABAH 2009
Posted by admin on 2009/10/2 16:20:00 (54 reads)

BERITA OLEH : MOHD YUSOF BIN IBRAHIM

ADIK MOHAMAD FAIRUZ UNGGULI MERDEKA DAY 2009 DI SABAH

Persatuan Pelayaran Johor telah berjaya meraih 11 pingat di dalam Kejohanan Perahu Layar  KFC - 16th Merdeka Day 2009 dan Malaysia National Ranking.

Antara pelayar-pelayar yang meraih 11 pingat tersebut ialah 2 pingat emas Adik Mohamad Fairuz bin Zainal Abidin, pingat perak Adik Fairuz bin Zainal Abidin, Adik malone Pun Jao Jie, Adik Firdaus bin Othman dan 2 pingat perak melalui Adik Hakim Wagiman Sarmin. Manakala pingat Gangsa pula melalui Adik Farhan bin Kamardin, Adik Hakim Wagiman Sarmin dan 2 pingat gangsa Adik Nurshazrin bte Mohamad Latif.

2 pingat emas yang diraih oleh Adik Fairuz ialah menerusi kategori Optimist Terbuka Perseorangan dan Optimist Division A, pingat perak pula menerusi Adik Fairuz (Terbuka Marathon), Adik Malone (Terbuka Division B), Adik Firdaus (Terbuka Division C), dan 2 pingat perak Adik Hakim Wagiman Sarmin (Laser Terbuka 4.7) dan (Laser Terbuka Lelaki), Manakala pingat gangsa menerusi 2 pingat dari Adik Nurshazrin (Optimist Marathon)dan (Optimist Division B), Adik Hakim Wagiman Sarmin (Terbuka Marahton Laser 4.7) dan Adik Farhan Kamardin (Laser Radial Lelaki).

Berita Semasa : KEJOHANAN PERAHU LAYAR TERBUKA KFC - 11TH TUNKU LAXAMANA 2009
Posted by admin on 2009/9/14 9:01:11 (63 reads)

BERITA OLEH : MOHD YUSOF BIN IBRAHIM

 

Pasukan perahu layar Johor berjaya membawa pulang 2 pingat iaitu 1 pingat Perak dan 1 pingat gangsa dalam kejohanan Perahu Layar Terbuka Antarabangsa KFC - 11 th Tunku Laxamana 2009 yang telah diadakan di Kompleks Sri Bagan Pinang, Bagan Pinang Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini. Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengurus Kontinjen Perahu Layar Johor, En Nordin Bin Harun di Pasir Gudang baru-baru ini. 

Menurut En  Nordin, pingat Perak dan gangsa tersebut telah diraih oleh pelayar Johor, Adik Nurshazrin Bte Mohd Latif  yang telah memenangi tempat kedua Optimist Terbuka Division B dan Gangsa Optimist Terbuka Perempuan. Beliau mengumpul 29 mata dari keseluruhan 6 perlumbaan yang telah dijalankan iaitu 7 mata di belakang pelayar Negeri Sembilan. 



 

Read More... | 2682 bytes more
Berita Semasa : SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN BULAN KEBERKATAN
Posted by admin on 2009/9/10 9:11:29 (35 reads)

DISAMPAIKAN OLEH : MOHD YUSOF B IBRAHIM

BULAN SUCI RAMADHAN

 Dalam rangka menyambut bulan suci Ramadhan, kami sajikan kepada saudara-saudaraku risalah ini dengan mengharap kepada Allah agar menjadikan amalan-amalan kita semua ikhlas karena-Nya. Dan sesuai apa yang dibawa nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam, maka kami katakan dengan mengharap pertolongan Allah shalallahu ‘alaihi wasallam:

1. Tidak ada keraguan lagi bahwasannya diantara nikmat Allah subhanahu wata’ala yang dianugerahkan kepada hamba-Nya adalah bulan Ramadhan yang mulia ini. Allah subhanahu wata’ala menjadikan bulan ini sebagai bulan terkumpulnya segala kebaikan dan kesempatan untuk melaksanakan amalan-amalan shalih. Dan Allah subhanahu wata’ala mencurahkan nikmat kepada hamba-Nya pada bulan ini dengan nikmat-nikmat yang telah lalu, dan nikmat yang terus-menerus.

Pada bulan ini Allah subhanahu wata’ala menurunkan Al Qur’an sebagai petunjuk bagi umat manusia dan penjelas dari Al-Huda dan Al-Furqan. Padanya terjadi perang Badar kubra, dimana Allah subhanahu wata’ala memuliakan Islam dan kaum muslimin serta menghinakan kesyirikan dan para pelakunya, sehingga hari tersebut dinamakan dengan Yaumul Furqon (Hari Pembeda antara yang benar dan yang batil). Padanya pula terjadi Fathu Makkah (penaklukan kota Makkah) yang dengannya Allah mensucikan Baitul Haram dari berhala-berhala, dan umat manusia pun berbondong-bondong masuk ke dalam agama Islam.

Barangsiapa berpuasa pada bulan ini karena iman dan mengharap ridho serta pahala dari Allah maka diampuni dosanya yang telah lalu. Dan barangsiapa yang menunaikan Qiyam Ramadhan (shalat tarawih) karena iman dan mengharap ridho serta pahala dari Allah maka diampuni dosanya yang telah lalu. Dan barangsiapa yang shalat malam (shalat tarawih) pada malam Lailatul Qadar karena iman dan mengharap ridho serta pahala dari Allah maka diampuni dosanya yang telah lalu.

2. Shalat tarawih yang kita lakukan di bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala sebagaimana yang telah disebutkan di atas, akan mendapatkan keutamaan sebagaimana penjelasan dari Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam:

مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامَ لَيْلَةٍ

“Barangsiapa yang shalat (tarawih) bersama imam sampai selesai maka dicatat baginya seperti shalat semalam suntuk.”

Ini merupakan nikmat yang besar, tidak sepantasnya bagi seorang mukmin untuk meninggalkannya, bahkan sudah seyogyanya ia menekuninya, serta menjaga shalat tarawih bersama imam dari awal hingga akhirnya.

3. Mayoritas dari saudara kita, dari para imam masjid mempercepat ruku’ dan sujud di dalam shalat tarawih sehingga memberatkan para makmum yang shalat di belakangnya. Bahkan tidak jarang sebagian para imam sangat cepat (shalatnya) sehingga dapat menghilangkan tuma’ninah. Padahal tuma’ninah itu merupakan rukun shalat, dan tidaklah sah shalat seseorang tanpa adanya tuma’ninah. Kalaupun sekiranya dia tidak meninggalkan tuma’ninah, ia akan menghilangkan kebersamaan gerakan makmum. Karena tidak memungkinkan bagi mereka mengikuti imam secara sempurna karena cepatnya gerakan imam.

Berkata para ulama -semoga Allah subhanahu wata’ala merahmati mereka- : “sesungguhnya makruh hukumnya bagi seorang imam mempercepat gerakan yang menghalangi makmum untuk mengerjakan perkara sunnah.” Maka bagaimana kalau sekiranya dia sampai menghalangi makmum untuk mengerjakan perkara yang wajib?!

Maka nasehatku, bagi para imam untuk bertaqwa kepada Allah subhanahu wata’ala terhadap diri mereka dan kaum muslimin yang shalat di belakangnya, agar mereka menunaikan shalat tarawih dengan penuh tuma’ninah. Hendaknya mereka mengetahui bahwa shalat yang mereka kerjakan itu dalam rangka menghadap kepada maula (Rabb mereka) dalam keadaan bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada-Nya dengan membaca kalam-Nya, bertakbir kepada-Nya, mengagungkan-Nya, memuji-Nya dan berdoa kepada-Nya dengan sesuatu yang mereka cintai dari kebaikan dunia dan akhirat. Mereka akan lebih di atas kebaikan jika mereka ingin menambah seperempat jam atau semisalnya, dan sebenarnya perkara ini sangatlah mudah walhamdulillah.

Read More... | 14449 bytes more
Berita Semasa : KFC-PUTRAJAYA SAILING WEEK 2009
Posted by admin on 2009/7/21 15:10:00 (60 reads)

BERITA OLEH : MOHD YUSOF IBRAHIM

Kejohanan Perahu Layar KFC-PUTRAJAYA SAILING WEEK 2009 yang berlangsung pada 10-12 Julai 2009 di Tasek Club Perahu Layar Putrajaya, seramai lebih 141 orang pelayar yang menyertai kejohanan terbuka KFC-PUTRAJAYA baru-baru ini.

Persatuan Pelayaran Johor (PPJ) telah menghantar seramai 16 orang untuk menyertai kejohanan tersebut yang antaranya terdiri daripada 7 orang pelayar Elit dan 9 orang pelayar Pelapis. Antara pelayar Pelapis yang mewakili negeri Johor adalah daripada Sekolah kopok, Sekolah Kota masai, Sekolah Pasir Gudang dan Skolah Johor Bahru. Kesemua Pelayar Pelapis Johor berumur 10 tahun kebawah.

Persatuan Pelayaran Johor telah meraih sebanyak 3 buah pingat iaitu 1 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa. Antara pelayar yang berjaya menyumbang pingat pada persatuan dan negeri ialah Adik Malone  Pun Jao Jie (Emas), Adik Firdaus b Othman (Perak) dan Adik Nurshazrin B Mohamad Latif (Gangsa).

                                            ANTARA PELAYAR YANG MENYERTAI KFC-PUTRAJAYA SAILING WEEK 2009:-

  1. MALONE PUN JAO JIE (OPTIMIST ELIT)
  2. NURSHAZRIN BT MOHAMAD LATIF (OPTIMIST ELIT)
  3. MUHAMMAD FAIRUZ B ZAINAL ABIDIN (OPTIMIST ELIT)
  4. AMJAD NAUFAL B SHAHRIN (OPTIMIST ELIT)
  5. FIRDAUS B OTHMAN (OPTIMIST PELAPIS)
  6. MOHAMAD AHDA B JAMIL (OPTIMIST PELAPIS)
  7. AFIQAH BT MOKHTAR (OPTIMIST PELAPIS)
  8. NAQUIB EIMAN B SHAHRIN (OPTIMIST PELAPIS)
  9. MUHAMMAD AMIRUL SYAHMI B MOHD NAZIM (OPTIMIST PELAPIS)
  10. MOHAMAD IQAL B JAMIL (OPTIMIST PELAPIS)
  11. MUHAMMAD FARHAN B KAMARDIN (LASER RADIAL ELIT)
  12. HAKIM B WAGIMAN SARMIN (LASER 4.7 ELIT)
  13. SITI MASITAH BT ROSLAN (LASER 4.7 PELAPIS)
  14. NORJASWANA BT JAMIL (LASER RADIAL PELAPIS)
  15. MOHAMAD FAZARIKMAN B MOHD FAUDZI (INT 420 PELAPIS)
  16. MUHAMMAD AMIRUL SYAFIQ B AMRAN (INT 420 ELIT)

 

 

(1) 2 3 4 ... 9 »